Ini ialah kisah dari zaman purba. Cerita ini mengisahkan Abu Nawas, seorang gembala kambing yang popular pada zaman itu dengan seorang raja yang adil Raja ini bukan jenis kaki betina kaki minum. Pendek kata raja yang baik, yang tidak zalim dan raja yang adil.
Pada suatu hari raja terdengar tentang kehebatan Abu Nawas yang bijak berkata-kata dan berhujah.Raja pun panggil Abu Nawas ke istana untuk satu ujian pemahaman dan menguji kecerdikan Abu Nawas.
Di pendekkan cerita maka sampailah Abu Nawas ke istana raja yang tersergam indah. Siap dengan dayang dan khadam serta pembesar-pembesar istana yang berpakaian indah-indah belaka.
Tapi amat terkejut Abu Nawas sebab raja tak berkata-kata sebaliknya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kacau bilau strategi Abu Nawas. Maka bermulalah dialog yang tanpa suara itu dengan menggunakan bahasa isyarat.
Raja pun angkat satu jari telunjuk dan dibalas oleh Abu Nawas dengan mengangkat dua jari, satu jari telunjuk dan satu lagi jari hantu. Raja mengangguk menandakan betul. Abu Nawas lega sebab raja tidak murka.
Raja kemudiannya mengeluarkan bawang, Abu Nawas pula keluarkan sebiji telur. Raja angguk juga tanda setuju dan Abu Nawas urut dada.
Raja mengangkat kedua-dua tangan dan membuat satu urutan macam bulatan, Abu Nawas tunjuk penumbuk kepada Raja. Raja angguk lagi dan lapang dada Abu Nawas.
Semasa proses ini berlaku, ramailah penghuni istana yang melihatnya dan mereka tercengang-cengang tak mengetahui apa maksudnya.
Selepas selesai dialog tersebut, maka bertanya Bendahara kepada Raja tentang soalan dan jawapan dalam dialog tersebut. Raja pun menceritakan satu persatu.
Pertama beta tunjukkan satu menandakan Allah itu satu dan Abu Nawas jawab dua menandakan tak cukup Allah saja, mesti ada Rasulullah, baru mantap agama kita. Tentulah betul kata Raja.
Kedua beta keluarkan bawang menandakan dunia ini berlapis-lapis seperti bawang dan Abu Nawas keluarkan telur menandakan Allah mampu buat apa saja. Nak buat bumi yang berlapis pun boleh nak buat bumi yang tak berlapis macam telur pun boleh. Tentulah betul jawapan Abu Nawas.
Ketiga beta buat tanda bulatan menunjukkan Allah pemerintah sekelian alam dan Abu Nawas menggenggamkan penumbuknya menandakan semua Alam ini adalah dalam kekuasan Allah. Sekali lagi betul.
Bijak Abu Nawas dalam pemikiran Raja.
Pergi pula Bendahara kepada Abu Nawas untuk bertanyakan pemahaman Abu Nawas pula.
Ini versi Abu Nawas:
Pertama Raja tunjuk satu sebab dia nak seekor kambing, maka aku tunjuk dua sebab aku nak bagi dua. Raja suka.
Kedua raja ajak aku makan bawang, aku keluarkan telur sebab bawang dengan telur lebih sedap. Raja seronok lagi.
Ketiga Raja tunjukkan isyarat tangan menunjukkan dia nak kan semua kambing aku, apa lagi aku tunjuk penumbuklah. Mana boleh ambil semua kambing aku. Raja pun takut kepada aku.
Itulah bila dua orang yang berbeza IQ berbicara. kehkehkehkehkeh…..
Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui
Sekian….Wassalam…..

8 comments
Comments feed for this article
мај 29, 2008 у 2:36 pm
en_me
alahai, raja negeri manakah yg kena buli buli dengan si karpal singh ittewww.. addusss
cicak reply:
raja atas di negeri atas angin tu kot..kot yer…
мај 31, 2008 у 5:21 am
t.a.t.a
kekekekehhh.. biar betul ko ni cak..
cicak reply:
btul laaa ..apa yg ambo katakan tu benar2 belaka melainkan yg tak benar2 juga…
tak caya pi tanya pak Abu tu ….
јун 1, 2008 у 7:27 am
kantoi
hahahah…
cak..aku nak jadi RAJA negara tu bleh…
RAJA SEHARI pun tak pe…
keh…keh…keh…
cicak reply:
hahahaha.. ndak jadi RAJA yerrrr…
ndak jadi RAJA kat negri tu kena ader birth certificate ….
hahahahahahaha….
јун 3, 2008 у 12:19 pm
lydiarayyan
bloooppp~~~~ bloooop~~~~
cicak reply:
pop..pop..pop..pop….
јун 3, 2008 у 5:53 pm
kantoi
hahahh….gambar sekali ker cak?
heheheheheehe……..
cak sambung citer tu cak…….panjang lagi kan kesah nye..
cicak reply:
ndak citer sambungan bak 2 kupang dulu …..
јун 4, 2008 у 7:16 am
ixora
wah,ada 2 versi jawapan ye? haha
cicak reply:
bangun pagi gosok gigi…
cuci muka setiap hari…
pakai baju pergi shopping..
duit habis balik jln kaki….
kehkehkehkehekh…..
јун 6, 2008 у 6:32 am
"eS@RLi"
AlAhAi aBu nAwAs.. eHeHeHe~~
cicak reply:
ini Abu bukan sebarang Abu arr…
јун 7, 2008 у 12:31 pm
qdetactive
hampeh betulla si Abu Nawas ni..
cicak reply:
hehehehehehe